3.28.2011
KAHWIN AWAL.hmmmmm
Soal kahwin...pasti ramai akan tersenyum lebar memikirkannya baik laki2 mahupun wanita.hehehe...
Bagi aku lah...kahwin ni tak boleh pandang remah n suker2 hati je ckp "i nak khwn ngn u lah"..kahwin ni sekurang-kurangnya bleh segerakan sekiranya hampir terjerumus ke dalam maksiat.ianya juga salah satu bentuk ibadah kerana dari situ adalah medan muktamad bagi seorang lelaki atau wanita untuk mempraktikkan semua tanggungjawab sebagai suami/isteri/ibu/bapa/anak.setiap suami/isteri akan disalahkan jika ada antara2 tanggungjawab mereka tidak terlaksana,aku tak nak lah tulis apa tanggungjawab itu sal semua orang tau kan...tapi ramai aku tengok rakan2 sebaya aku sedang menuju ke alam perkahwinan atau sudah pon memasuki alam tersebut.Adakah mereka kahwin kerana suka sama suka,sangap or sudah ehem2.Itu sumer kita bincang lain kali....
Nasihat akulah:
1.cari kerja tetap
2.dapatkan rumah dan kenderaan.
3.kukuhkan tabungan
4.cukupkan ilmu perkahwinan di dada.
5.sang suami setia kepada isteri seolah2 dia lah pertama dan terakhir bagi mu dan jagalah dia seperti kamu jaga nyawa mu sendiri..
6.sang isteri janganlah memilih suami berdasarkan rupa luaran semata2(suami pon patut jangan buat gak)..cintailah keindahan dalam diri dia.rupa yang menarik akan layu ditelan masa juga,tapi baik budi sentiasa abadi didalam hati seseorang....
Apabila semua ni kita buat main-main atau sambil lewa maka timbul lah isu curang-mencurang,lalai dalam menunaikan tanggungjawab masing2 dan ketidakmampuan menanggung keluarga yang menjerumus pergolakan dalam perhubungan dan seterusnya berlaku penceraiaan.Ingat apabila kita bernikah,syaitan2 akan menangis meronta2 dan ketawa segembira gembiranya apabila kita bercerai.Kerana itulah penceraian adalah antara perkara dimurkai Allah swt.kawan2..jangan lakukan demi CINTA dan NAFSU semata2.Jadikan ianya bentuk Ibadah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment